Panduan “Petik Sendiri” Strawberi

Nak petik sendiri ? 10 minit je jalan kaki dari Ziela Homestay ni! Pengalamannya, memang seronok—pegang bakul kecil, pegang gunting, dan belek buah merah di celah daun hijau. Feeling macam duduk di luar negara!

Pergi Cameron Highlands tak sah kalau tak masuk ladang strawberi. Tapi, pengalaman membeli strawberi di pasar malam sangat berbeza dengan pengalaman memetik sendiri (self-picking) terus dari pokok.

Rasanya memang seronok—pegang bakul kecil, pegang gunting, dan belek buah merah di celah daun hijau. Feeling macam duduk di luar negara!

Namun, ramai yang masuk dengan senyuman tapi keluar dengan muka masam bila tengok harga di kaunter, atau ditegur pekerja ladang. Ini tips penting supaya aktiviti memetik anda berjalan lancar.

1. Sediakan Mental: Harganya “Premium”

Ini perkara paling utama anda kena tahu. Harga sekilo strawberi yang dipetik sendiri jauh lebih mahal berbanding beli siap di pasar.

  • Pasar: Mungkin RM30-RM40 sekilo.
  • Petik Sendiri: Boleh mencecah RM60 hingga RM80 sekilo (ikut musim).
  • Tips: Jangan target nak penuhkan satu bakul besar melainkan anda memang bajet besar. Anggaplah bayaran ekstra itu sebagai “kos pengalaman” dan kos sewa gunting/bakul. Ambil sekadar 200g-300g (satu bekas kecil) untuk rasa seronok sahaja.

2. Nak makan terus? Jangan Petik Buah Hijau atau Putih!

  • Tips: Cari buah yang 100% merah gelap dari hujung sampai ke pangkal daun. Selak-selak sedikit daun pokok tu, biasanya buah yang cantik dan besar suka bersembunyi di bahagian dalam yang terlindung dari matahari.

3. Guna Gunting, Jangan Tarik

Kebanyakan ladang akan bekalkan gunting kecil.

  • Jangan tarik buah dengan tangan kasar. Akar pokok strawberi sangat sensitif dan cetek. Kalau anda tarik buah dengan kuat, silap-silap satu pokok tercabut keluar dari pasu. Nanti rosak pokok tu.
  • Potong pada tangkai kira-kira 1cm di atas buah. Jangan potong terlalu pendek sampai kena daun calyx (daun pada buah), nanti buah cepat rosak.

4. Pantang Larang: “Dilarang Makan Dalam Ladang”

Ini peraturan standard di mana-mana ladang (kecuali yang tawarkan pakej bufet, tapi jarang ada).

  • Walaupun buah nampak sedap, jangan curi makan masa tengah memetik.
  • Selain isu halal/haram (sebab belum timbang dan bayar), strawberi di ladang selalunya belum dibasuh dan mungkin ada sisa baja atau debu. Timbang dulu, bayar, basuh, baru makan.

5. Jangan “Over-Excited” Pegang Buah

Strawberi sangat manja. Kalau anda pegang, picit-picit nak tengok keras ke lembik, kemudian tak jadi ambil, buah tu akan lebam (masak) sebab suhu badan/jari kita panas.

  • Tips: Hanya pegang buah yang anda pasti nak ambil. Sekali pegang, terus gunting. Jangan “rasa-rasa” banyak sangat.

6. Waktu Terbaik: Pagi & Bukan Cuti Sekolah

Masuklah ke ladang seawal jam 9:00 pagi.

  • Suhu: Rumah hijau (greenhouse) akan jadi sangat panas dan “berwap” bila masuk tengah hari. Kalau pergi pukul 12 tengah hari, confirm berpeluh dan tak selesa.
  • Stok: Kalau pergi musim cuti sekolah dan masuk lambat (petang), selalunya buah yang merah dan besar dah habis dikerjakan orang lain. Tinggal yang hijau je.

Kesimpulan: Aktiviti petik strawberi adalah aktiviti wajib buat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia terapi yang menenangkan dan port terbaik untuk ambil gambar OOTD. Asalkan anda faham teknik memetik dan bersedia dengan harganya, ia pasti jadi kenangan manis!

2 thoughts on “Panduan “Petik Sendiri” Strawberi

  1. Cynthia Ivory

    Spa is just amazing here! Strongly recommend to take one.

  2. Lilian Sowerby

    Here you will be provided with food of Gods! So delicious, dunno how they do this but this is just unreal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *