Ia adalah ladang teh paling ikonik, paling cantik, tetapi jalan nak masuk ke sana juga paling mencabar mental dan fizikal pemandu. Ramai yang patah balik separuh jalan sebab tak sanggup hadap kesesakan. Jadi, sebelum anda tekan minyak ke sana, baca dulu tips penting ini supaya mood bercuti tak bertukar jadi mimpi ngeri.
Kalau sebut pasal Cameron Highlands, imej pertama yang muncul dalam kepala mesti kafe kaca yang “tergantung” di tebing bukit, kan? Itu adalah BOH Tea Centre Sungai Palas.

Jadi, sebelum anda tekan minyak ke sana, baca dulu tips penting ini supaya mood bercuti tak bertukar jadi mimpi ngeri.
1. Peraturan Emas: Sampai Sebelum Pintu Buka
Ini tips paling mahal. Waktu operasi bermula jam 8:30 pagi (tutup isnin kecuali cuti sekolah/umum). Sebaiknya, jam 8:00 pagi anda sudah berada di kaki bukit atau pintu masuk. Kenapa?
- Elak Jam: Jalan masuk ke ladang ini sangat sempit (muat satu kereta setengah sahaja). Kalau anda masuk lambat (pukul 10 pagi ke atas), anda akan tersangkut dalam kesesakan bumper-to-bumper di lereng bukit curam.
- Parking Mudah: Siapa cepat, dia dapat parking dekat. Siapa lambat, kena parkir jauh di bawah bukit dan menapak naik.
2. Sediakan Mental Pemandu & “Skill” Mengalah
Jalan ke sini memang menguji kesabaran. Anda akan berselisih dengan kereta lain di selekoh yang tajam dan sempit.
- Bunyikan Hon: Wajib bunyikan hon di setiap selekoh tajam sebagai isyarat kepada kereta dari arah bertentangan.
- Bertolak Ansur: Jangan ego. Kalau nampak ruang luas sikit di kiri anda, berhenti sekejap bagi laluan kereta depan lepas. Kalau dua-dua keras kepala, dua-dua tak bergerak.
3. Pakai Kasut yang Sesuai (Sneakers)
Ini bukan tempat untuk kasut tumit tinggi (high heels) atau selipar licin. Dari tempat letak kereta, anda perlu berjalan kaki mendaki bukit kira-kira 200 meter untuk sampai ke kafe (melainkan anda dapat parkir OKU/Warga Emas di atas). Jalannya bertar tapi agak curam. Pakailah kasut sukan yang selesa.
4. Jangan Terus Serbu Kafe, “Cop” Tempat Dulu
Bila pintu dibuka, kafe akan penuh sekelip mata.
- Seorang pergi beratur beli makanan, seorang lagi pergi cari meja di bahagian beranda (Tristan’s Terrace) atau bahagian kaca yang ikonik tu.
- Menu wajib cuba: Tentu sekali Scone bersama krim & jem strawberi, serta Teh Tarik panas. Makan panas-panas dalam suhu sejuk memang layan!
5. Lawat Kilang Teh
Jangan asyik makan saja. Di bahagian bawah kafe, ada kilang pemprosesan teh lama. Masuk adalah percuma. Anda boleh tengok mesin-mesin gergasi memproses daun teh segar. Baunya sangat wangi!
Kesimpulan: Ke BOH Sungai Palas memang penat sedikit perjalanannya, tapi percayalah, bila anda dapat hirup udara segar dengan pemandangan ladang teh saujana mata memandang, segala penat lelah memandu tadi akan hilang. Janji gerak awal!
Dishes I tasted reminded me of my father, who was a fisherman and always cooked finger-licking meals for us. Everything was very tasty, sea buss particularly.
We discovered new taste combinations that were unknown to us before