Berikut adalah langkah demi langkah untuk memastikan anda mendapat jagung terbaik:
1. Elakkan Beli yang Sudah Siap Diikat
Ini peraturan nombor satu. Jangan ambil bungkusan plastik yang sudah siap diikat mati, melainkan anda sangat percayakan peniaga tersebut.
Taktik biasa segelintir peniaga nakal adalah meletakkan jagung yang cantik dan besar di bahagian luar ikatan, tetapi menyelitkan jagung kecil, rosak, atau “cacat” di bahagian tengah ikatan.
Saranan: Carilah gerai yang membenarkan anda pilih sendiri (hand-picked). Jika peniaga tidak benarkan pilih, lebih baik cari gerai lain. Hak memilih ada di tangan pembeli.
2. Periksa Kulit Jagung (Husk)
Kesegaran jagung bermula dari kulitnya.
- Kalau nampak TERLALU BERSIH, itu maksudnya penjual dah ‘siang’ baju jagung tu. Elakkan yang begini , sebab ini adalah jagung yang lama.
- Jagung lama akan hilang rasa manisnya kerana gula dalam jagung akan bertukar menjadi kanji (starch).
3. Lihat Jambul atau Rambut Jagung
Jangan abaikan rambut jagung yang terkeluar di hujung tongkol.
- Segar: Rambutnya berwarna coklat keemasan yang cerah dan rasa sedikit lembap/basah.
- Tidak Segar: Rambutnya hitam legam, kering, dan rapuh bila disentuh. Ini tanda jagung tua atau sudah lama dipetik.
4. Teknik “Intip Isi” (Wajib Buat!)
Jangan malu untuk minta izin peniaga untuk kopek sedikit kulit jagung di bahagian atas.
- Tarik sedikit kulit ke bawah untuk melihat biji jagung.
- Pastikan barisan biji jagung tersusun rapat, penuh hingga ke hujung (tidak lompong), dan butirannya nampak gemuk serta berkilat.
- Jika nampak biji jagung berkerut atau kecut, letak semula. Itu tandanya air dalam jagung sudah kering.
5. Ujian Picit @ Raba (The Thumbnail Test)
Jika peniaga benarkan, cuba picit sedikit salah satu biji jagung dengan kuku ibu jari anda.
- Jagung Susu Segar: Apabila dipicit, ia akan meletup sedikit dan mengeluarkan cecair seperti susu putih. Inilah sebab ia dipanggil “Jagung Susu”.
- Jagung Lama: Biji agak keras, susah dipicit, dan tiada air keluar. Rasanya akan tawar dan bertepung.
6. Periksa Pangkal Batang
Lihat pada bahagian bawah tempat jagung dipotong dari pokok.
- Jika bekas potongannya masih putih atau hijau muda, bermakna ia baru dipetik (mungkin pagi tadi atau semalam).
- Jika bekas potongannya sudah bertukar warna coklat gelap atau nampak berkarat (oxidized), jagung itu sudah lama.
- Jika terlalu pendek, maksudnya jagung lama tak terjual.
7. Lokasi Membeli Memainkan Peranan
Elakkan tempat terlalu ramai, sebab anda susah nak check jagung yang penjual berikan. Ambil masa, tenang-tenang sahaja.
Mitos vs Fakta: “Boleh Makan Mentah?”
Ramai yang was-was apabila peniaga hulurkan jagung untuk dirasa mentah-mentah. Fakta: Ya, Jagung Susu Cameron Highlands yang asli dan segar memang boleh dan selamat dimakan mentah. Malah, rasanya lebih sedap dimakan mentah berbanding direbus kerana ia sangat manis, rangup seperti buah epal, dan penuh dengan jus.
Apabila direbus, sebahagian rasa manis itu akan hilang ke dalam air rebusan. Jika anda ragu-ragu tentang kebersihan, anda boleh basuh dahulu dengan air mineral sebelum makan.
Very unusual and interesting activity that hotel proposed us. We took the tour with my husband (we never flew before) and emotion we got there are incomparable with any feelings. Will for sure comeback!
Respect to pilots, they are true crackjacks!