Di sebalik kemasyhuran jagung Cameron, wujud satu masalah klasik yang sering menghantui pelancong: Terbeli jagung yang tidak elok, kena tipu dengan gred, atau jagung yang sudah tidak segar.
Siapa yang tidak kenal dengan Cameron Highlands? Destinasi peranginan tanah tinggi yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk lari daripada haba panas di bandar. Selain ladang teh yang menghijau dan suasana yang dingin, ada satu “buah tangan” wajib yang mesti dibawa pulang oleh setiap pengunjung: Jagung. Namun, bukan sebarang jagung. Bintang utama di sini adalah Jagung Susu . Jagung ini terkenal dengan sifat putih, teksturnya yang rangup, serta rasanya yang sangat manis dan berlemak sehingga boleh dimakan mentah begitu sahaja.
Tetapi, di sebalik kemasyhuran jagung Cameron, wujud satu masalah klasik yang sering menghantui pelancong: Terbeli jagung yang tidak elok, kena tipu dengan gred, atau jagung yang sudah tidak segar.
Pernahkah anda membeli seikat jagung yang kelihatan cantik di luar, tetapi apabila dikupas di rumah, isinya lompong, berulat, atau keras kejung? Jika ya, anda bukan keseorangan.
Artikel ini akan memberikan anda panduan lengkap dan tips “otai” bagaimana untuk memilih jagung susu yang terbaik, mengelak daripada ditipu peniaga yang tidak jujur, dan memastikan wang anda berbaloi dengan kualiti yang diterima.
Kenali Musuh Utama: Gred dan “Bungkusan Siap”
Sebelum kita masuk ke tips memilih, anda perlu faham taktik jualan di sana. Kebanyakan gerai, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong seperti, akan menjual jagung dalam longgokan atau bungkusan siap (bundle dalam plastik).
Biasanya anda akan mendengar laungan: “Mari, mari! Jagung susu, 7 batang RM10! 8 batang RM10!”
Hati-hati. Di sinilah ramai yang terkena. Jagung yang dijual dengan harga “lelong” sebegini biasanya adalah Gred C atau Gred D. Tongkolnya kecil, isinya mungkin tidak penuh, dan kadang-kadang ia adalah stok lama yang ingin dihabiskan cepat.
Bagi jagung Gred A (Gred Premium), harganya jauh lebih tinggi. Saiznya besar, berat, dan penuh isi. Jangan terkejut jika harganya boleh mencecah RM4 hingga RM6 untuk satu tongkol. Ingat prinsip ini: Alah membeli, menang memakai. Biar beli sikit tapi puas hati, daripada beli banyak tapi akhirnya masuk tong sampah.



This was my first time experiencing scuba diving and I will never forget it! Marine world is so diverse and unique that everyone will discover something new.
We were given all required equipment and our instructor followed us through the whole journey. We liked it!