Bayangkan makan strawberi segar dicicah coklat cair atau dimakan bersama aiskrim sambil menikmati kabus sejuk. FUHHH! Memang nikmat!
Selepas jagung susu, satu lagi “trofi” kemenangan yang wajib dibawa turun dari Cameron Highlands sudah tentulah Strawberi. Buah merah yang seksi, comel, dan sinonim dengan hawa dingin tanah tinggi ini memang menjadi kegilaan ramai, terutamanya kanak-kanak dan kaum hawa.
Bayangkan makan strawberi segar dicicah coklat cair atau dimakan bersama aiskrim sambil menikmati kabus sejuk—memang nikmat!
Tetapi, realitinya tidak selalunya indah. Ramai pelancong pulang dengan hati yang hancur (sehancur buah strawberi di dalam kotak). Sampai sahaja di rumah, baru sedar strawberi yang dibeli masam mencuka, lembik berair, atau yang paling sakit hati—atas cantik, bawah buruk.
Jangan risau. Artikel ini akan membongkar rahsia bagaimana untuk menjadi pembeli strawberi yang bijak, membezakan kualiti, dan mengelak taktik nakal segelintir peniaga.
Fahami Realiti Strawberi Cameron
Sebelum kita pergi ke tips memilih, kita perlu uruskan jangkaan (manage expectation). Strawberi Cameron Highlands secara umumnya adalah baka yang tahan lasak, namun rasanya cenderung sedikit masam berbanding strawberi import dari Korea atau Jepun yang sangat manis itu.
Namun, sejak kebelakangan ini, ramai pengusaha ladang sudah mula menanam baka yang lebih manis dan premium. Kuncinya adalah anda perlu tahu di mana nak cari dan bagaimana nak belek.
Masalah utama membeli strawberi bukan hanya pada rasa, tetapi pada ketahanan dan kejujuran susunan dalam kotak.
Taktik “Atas Merah, Bawah Berkulat”
Ini adalah keluhan paling popular. Peniaga menyusun buah yang paling besar, merah, dan cantik di lapisan paling atas kotak plastik. Nampak sangat mengiurkan.
Tetapi, di lapisan tengah dan bawah, disorokkan buah-buah yang:
- Kecil-kecil (saiz ‘cili padi’).
- Masih putih/hijau (belum masak).
- Sudah pecah, berair, atau mula berkulat.
Bila anda beli kotak yang sudah siap dibungkus (pre-packed) tanpa memeriksanya, anda sebenarnya sedang bermain judi.
Tour is very good organized and guides are very friendly and acknowledged. All the question we had were fully answered by our tour guide. Kids and adults were satisfied 🙂
We dived into the atmosphere of antique world and this was amazing.